Assalamualaikum.............
Semalam exam STPM Semester 3 dah tamat.
Aku tinggal repeat Sem 1 & Sem 2 je lagi...
tu pun 2 paper je lagi....
lepas tu je aku boleh fokus dekat bisnes online aku yang sendu tu...
sebenarnya aku nak buat entry pasal aku gi interview dekat Seremban..
Hari Isnin 27 Oktober 2014 aku kena pergi interview dekat Pejabat Kesihatan Daerah Seremban Belakang Terminal 1 jer.. jalan kaki je dah sampai Termianal 1...
Aku agak blurr hari tu..
Sepatutnya aku kena pergi sekolah sebab ada hari Q dan raptai.
dua events tu aku terlibat. nak buat macam mana dah ada interview kan
cuti lah bukan selalu dapat pergi interview ni...
nombor giliran aku no SEMBILAN. sama macam akak aku semalam. Dia pun ada interview SPA jugak tapi dekat Melaka je.... Dekat je .. yang aku ni sampai ke Seremban apa pasai? Asal aku x dapat dekat Rasah je??
Aku sebenarnya agak nebess kot first time pergi interview..
selama ni mana aku pernah pergi interview kot...
Pengawas pun tak pernah jadi...
Aku tengok yang kiri kanan aku semuanya tua dari aku..
yang lagi tua pun ada tapi tak melebihi had umur la...
yang nurse nak gi interview pun ada...
Apa yang aku nampak masa pergi interview NOTA.
ada yang bawak buku tulis... yang guna untuk salin nota sains form 4 form5 aku dulu pun ada.
yang bawak hand out pun ada....
Aku pun ada bawak nota tapi ada dalam bag.
Bag pulak ada kat Mak aku. hahaha..
Aku memang fokus dekat dasar malaysia, menteri, visi, moto, kempen, nama pengarah , wawasan 2020, peranan SPA dll...
tapi satu pun dia tak tanya
apa yang ditanya cuma kepentingan sukan yang kita sertai dalam kelab, persatuan dan permainan sebab aku kata aku masih belajar dekat tingkatan 6...
dia cuma tanya benda yang ringkas je...
nama penyakit yang tengah femes de amos pun dia tak tanya....
yang lagi seorang tu tanya jawatan apa yang aku pilih
aku kata lah JURUPULIH PERUBATAN ANGGOTA.
Ada pengalaman?
Mak aku tahun lepas ada pergi terapi bla bla bla.....
ada dua jenis anggota dengan cara kerja.... kouta jurupulih anggota ni sikit berbanding nurse yang banyak tapi tak ramai yang pilih.
dua-dua aku dapat.. aku tak kisah pun sebenarnya... wlaupun aku kisah sebenarnya.. bla... bla...
aku jawa la dengan jujurnya... hahaaaa
sebenarnya tak adalah payah sengat interview ni.. kita kena bersedia dengan soalan psikologi je...
pengetahuan pun kena ada. kalau tak macam mana aku nak goreng kan....
untung pbs Pengajian Am aku berkaitan dengan sukan. boleh aku goreng...
rasa macam tak lama... tapi yang lama tu menunggu... sabar je la... dengan rasa lapar.. 11 lebih baru habis...
tapi....
kenapa lelaki yang smart2 datang awal??
tak reti datang awal ke??
kalau tak boleh aku cuci mata lama sikit
ni tak aku dah duduk tempat depan baru diaorang nak datang...
rugi... rugi...
hahahaahahaaa
aku tak kisah dapat atau tak...
sebab aku baru cuba sekali..
dan had umur masih lama lagi...
ada kelebihan untuk aku kalau tak dapat..
1) aku boleh cuti 9++ bulan.
2) boleh fokus shop aku tu
3) boleh tido lambat bangun lambat (hahaha.. jangan tiru)
4) boleh ambik lesen kereta
5) kerja mungkin kot
6) terus belajar degree
kelebihan/keburukan aku dapat.
1) tak buang masa 9 ++ bulan tu
2) shop aku aku hentikan
3) tak dapat ambik lesen kete
4) kerja dengan kerajan...
tapi aku tak nak berharap mengharap... yang penting aku dah ada satu pengalaman pergi temuduga...
lepas ni boleh pergi temuduga lagi... yeah!!!
amin.....
7 November 2014
22 Oktober 2014
tawaran SPA.
Assalamualaikum..... Hye......
tengok bawah ni
--
----
------
---------
sungguh tak percaya!!
6 jawatan???
dan mana satu aku nak fokus ni???
nasib tak dapat Nurse.
Nurse cuti dia tak tentu. Raya pun kena kerja.
Penolong Pegawai Perubatan pun tak tentu cuti dia...
Macam MA kesayangan aku tu..
Raya pun kerja ... ni kan hari minggu tentu berjaga dekat ER..
Nurse pulak berjaga-jaga...
Macam Nurse yang buat ECG kat aku time raya hari tu...
sekadar pengetahuan aku lah kan
Juru X-ray ni dia duduk dalam bilik X-ray...
sesorang je.
selalu aku jumpa lelaki... Padahal baru sekali je buat X-ray.. hahahaa
dia aku buat X-ray la...
Pakaian dia bebas atau smart la... xde la pakai baju putih... berwarna. Perempuan aku tak pernah jumpa lagi..
Manakala Juru Pulih Perubatan Cara Kerja dan Anggota tu aku tak tahu apa langsung skop kerja dieorang.
Mak aku kata... yang kena buat fisioterapi...
yang ajar orang lumpuh berjalan. excersice macam tu lah kot... aku tak tau..
Aku tak tau skop dia lahhhh................
Juruteknologi Makmal Perubatan?? Semalam aku googel yang duduk dalam Lab tu...
yang diagnos ujian darah.
check ujian kencing pun sekali.
pakaian dia smart casual jugak. bebas.
Aku tengok kat klinik la... tak tau dekat hospital camne.
Penolong Pegawai Farmasi pulak kerja dia duduk dekat farmasi.
Bagi ubat.
pakaian dia aku tengok ada uniform bukan warna putih ok...
tak ingat pulak warna apa...
dan akhir sekali penolong pegawai perubatan.
ini adalah jawatan yang paling aku tahu.
ye la... kita kan kenal MA...
hahahaa
Tugas dia..
Cuci luka pesakit.
duduk dekat ER.
kalau doc xde dia la yang buat kerja doc.
Ambik darah dia..
senang cerita dia ni pembantu Dr. la..
kadang-kadang aku tengok ada MA tu dok jalan-jalan je tanpa arah tujuan.
mungkin practical... hahaha dapat pulak MA yang baik macam MA aku tu..semua dia yang buat yang kain cuma duduk melanggok je la main henset...lols.
Ni je la aku tau...
Isnin ni aku kena gi interview!!!
Isnin ini pulak aku terlibat dengan Hari Q.
dapat no.3 jer... tu je yang mampu..
Interview aku dekat Seremban. Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.
Dekat Mana TU???????
aku ni dah la ngeri, nebess, gabra, takut , dillema ni...
6 jawatan pulak tu tak tau nak pilih mana satu.
Apa-apa pun wish me luck...
kalau tak dapat sekali pun mungkin bukan rezeki aku kali ni.mungkin rezeki aku dekat tempat lain dan bukan dalam bidang perubatan.
mungkin sambung degree pulak.
aku tak nak harapkan apa-apa.
kalau dapat pergi. tak dapat takpe.
tahun depan cuba lagi.
aku kan muda lagi.
14 Oktober 2014
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN BARAT
Secara umumnya masyarakat Melayu tradisional merupakan
sebuah masyarakat feudal dan bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada 2
golongan iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan
pemerintah terdiri daripada raja atau sultan, pembesar dan ulama. Manakala
golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka dan
hamba. Wujud hubungan timbal balas anatara golongan pemerintah dan golongan
diperintah.
Isi
1.
Golongan Pemerintah
Ø Terdiri daripada raja, sultan atau yang
dipertuan, keluarga dan kaum kerabat diraja, pembesar negeri termasuk kaum
bangsawan, ulama, pendita dan penghulu.
A.
Raja/
Sultan/ Yang dipertuan Besar
- menduduki heirarki sosial paling tinggi
Ø Raja atau sultan ialah pemerintah tertinggi
dalam pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh kaum kerabat
dan para pembesar. Baginda memiliki kuasa dan kewibawaan dalam
menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya di seluruh negeri.
Ø Baginda adalah simbol perpaduan
negeri. Mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat jelata dan mesti
dihormati. Segala perintahnya mesti dipatuhi. Rakyat yang
engkar dianggap menderhaka dan akan mendapat balasan buruk atau dikenakan hukuman
yang amat berat.
Ø Konsep daulat digunakan untuk menjadikan
seseorang sultan lebih mulia dan dianggap mempunyai kuasa dan kewibawaan yang
mutlak. Jawatan raja/ sultan adalah diwarisi oleh anak lelaki baginda daripada
permaisuri yang sah ( anak gahara).
B.
Kerabat diraja
Ø Kedudukan kedua selepas raja ialah golongan
anak raja dan kerabat diraja yang terdiri daripada mereka yang berketurunan
raja, bergelar raja atau tengku. Anak raja tidak semestinya putera
atau puteri raja yang memerintah kerana mereka juga boleh terdiri daripada
keturunan kerabat diraja.
Ø Bilangan anak raja tidak ramai, tetapi mereka
mempunyai kuasa tertentu apabila diberi sesuatu tugas rasmi
negeri. Ada juga putera raja yang dilantik menjadi pembesar
daerah. Anak raja menikmati keistimewaan seperti yang dimiliki oleh
raja tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan raja sebagai ketua pemerintah.
C. pembesar
- menduduki lapisan ketiga heirarki sosial masyarakat
Ø Terdiri daripada para pembesar yang amat berpengaruh dalam pemerintahan dan
pentadbiran. Kebiasaannya mereka menjadi pentadbir iaitu membantu
raja dalam pentadbiran negeri. Mereka juga menjadi penasihat atau
pembesar di daerah-daerah tertentu.
Ø Pembesar dilantik oleh raja melalui pemberian
surat tauliah. Pemilihan pembesar ditentukan oleh zuriat
keturunannya. Kebiasaannya anak lelaki, sanak saudara sebelah bapa
kepada pembesar yang terdahulu. Pembesar diberi hak mentadbir sesuatu daerah
dengan kekuatan sendiri tanpa sokongan sultan. Ia akan bertindak
seperti seorang raja di dalam daerahnya sendiri.
D.
Golongan
ulama dan pendeta
Ø Golongan ulama dan pendeta ialah golongan
yang dianggap cerdik pandai pada masa itu. Mereka menjadi sumber
rujukan dalam perkara-perkara tertentu. Golongan ulama adalah golongan yang
pakar dalam bidang agama. Mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dan
sangat berpengaruh dalam masyarakat.
Ø Golongan ulama terdiri daripada mereka yang
berketurunan Arab Melayu. Mereka menggunakan gelaran seperti maulana,
makhdum, dan kadi. Mereka diberi gelaran kebesaran seperti maharaja
kadi, dato’ mufti seri utama dan imam maharaja.
Ø Golongan ulama berperanan menyebarkan agama
Islam. Mereka juga dilantik menjadi guru, ketua agama, kadi dan
penasihat kepada sultan dan kerajaan dalam terutamanya tentang hukum syarak dan
mengeluarkan fatwa agama. Mereka juga menjadi imam, khatib dan juru nikah.
Ø Golongan pendeta pula ialah orang yang
menpunyai kepakaran dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat
istiadat dan salasilah raja. Mereka menjadi pakar rujuk kepada raja dan
golongan istana disamping menjadi penulis dan perawi diraja.
E.
Penghulu
Ø Penghulu ialah ketua pentadbir di peringkat
kampung yang dilantik dari kalangan rakyat biasa. Mereka menjadi
orang perantaraan diantara rakyat biasa dengan pembesar.
Ø Penghulu mempunyai pengaruh dan memiliki kuasa
penuh ke atas anak-anak buahnya. Antara bidang tugas penghulu ialah
menyelesaikan sebarang pertikaian dikalangan anak buah, memelihara keamanan
kampung dan mentadbir kampung serta menjadi lambang perpaduan kampung.
Ø Jawatan penghulu tidak dibayar gaji tetap
tetapi pendapatannya diperolehi daripada cukai perdagangan dan bayaran hasil
sebahagian pendapatan yang diterima daripada anak-anak buahnya.
2.
Golongan diperintah
A.
Rakyat
biasa
- menduduki lapisan tertinggi dalam golongan yang diperintah
Ø Rakyat biasa yang bermastautin tetap dan
menjadi pengikut setia kepada pembesar yang mentadbir daerah dan jajahan.
Ketaatan kepada sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi. Mereka rela dengan
amalan sistem serah seperti bekerja di tanah pembesar tanpa mendapat upah dan
sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana.
Ø Dalam bidang ekonomi mereka menjalankan
kegiatan bertani, berdagang, menangkap ikan, melombong dan menjadi tukang
mahir. Tiada dorongan perubahan diri untuk bekerja keras dalam bidang ini
kecuali kerja-kerja demi kepentingan raja.
Ø Rakyat biasa sesebuah kampung sesalu
mempunyai pertalian kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara
bergotong-royong, bekerjasama dan bermuafakat. Amalan
ini mewujudkan keharmonian dan membantu pembesar mentadbir sesebuah daerah atau
kampung itu dengan lebih teratur dan berjaya
B.
Orang
Asing
Ø Merupakan orang bukan Melayu dan datang ke
Tanah Melayu hanya untuk tujuan tertentu.
Tinggal sementara sahaja dan akan pulang ke negara asal setelah urusan
mereka selesai.
Ø Terdiri daripada pedagang, perantau, santeri
( orang merantau kerana menuntut ilmu ) dan mubaligh. Rakyat asing boleh
dibahagi kepada 2 kumpulan
i. Melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan
sosial seperti menjadi tentera upahan dan kebanyakan mereka berasal daripada
Jawa dan Pasai.
ii. Melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi
seperti peniaga runcit, pemborong dan pelombong.
Ø Masyarakat Tamil Islam merupakan kumpulan
yang paling ramai dan mereka hidup bebas dan bergaul dengan penduduk peribumi.
Rakyat asing ini tidak diwajibkan mengamal dan mematuhi tradisi kebudayaan
tempatan. Walaupun demikian mereka masih tertakluk kepada undang-undang dan
peraturan tempatan.
C.
Hamba
- menduduki lapisan akhir dalam susun lapis masyarakat
Ø Golongan hamba menduduki susun lapis
masyarakat yang paling bawah sekali. Mereka menjadi hamba kepada
para pembesar dan orang kaya dengan melakukan pelbagai tugas seperti mencuci
perahu, memetik kelapa, mencari kayu api dan menjadi askar. Hamba
boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu hamba raja, hamba berhutang dan hamba
abdi/ biasa.
i. Hamba raja ( biduanda )
· Mereka berasal dari golongan orang
merdeheka. Dikenali juga sebagai budak raja dan bergelar
biduanda. Mereka dimiliki oleh raja dan mempunyai taraf yang lebih
tinggi berbanding dengan hamba-hamba yang lain. Hamba raja dan
keturunannya akan menjadi hamba secara turun temurun dan hanya akan dibebaskan
jika mendapat kerelaan raja.
ii. Hamba abdi/ biasa
· Hamba abdi/ biasa adalah terdiri daripada
mereka yang berasal dari keturunan hamba. Mereka diperolehi daripada
pembelian atau pertukaran oleh tuannya. Golongan hamba ini akan
menjadi hamba seumur hidup secara turun temurun. Hamba abdi boleh dibahagi
kepada beberapa jenis iaitu hamba tawanan, hamba diranggah, hamba habsyi, hamba
hulur, hamba serah dan anak hamba.
iii. Hamba berhutang
· Hamba berhutang berasal daripada
orang yang merdeka. Mereka terpaksa menjadi hamba kerana gagal
membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh yang
ditetapkan. Isteri dan anak-anaknya juga dikehendaki tinggal dengan
si pemiutang sebagai hamba tebusan. Hamba berhutang akan mengerjakan
segala suruhan tuannya termasuk bercucuk tanam, melombong dan membuat
kerja-kerja rumah.
· Hamba berhutang boleh dibahagi kepada
beberapa jenis iaitu orang berhutang, anak emas, hamba waris dan hamba bayar.
Kesimpulan
Struktur social masyarakat Melayu boleh dibahagikan
kepada beberapa susun lapis masyarakat yang dapat digolongkan kepada golongan
pemerintah dan diperintah. Setiap golongan ini mempunyai peranan dan
tanggung jawab masing-masing di dalam masyarakat. Setelah kedatangan
Barat, struktur masyarakat Melayu telah berubah dimana peranan
golongan pemerintah semakin berkurangan dan sistem hamba telah dihapuskan.
Langgan:
Catatan (Atom)

