11 Julai 2014

ESEI PENGAJIAN AM PENGGAL 3


Pelbagai cabaran dihadapi oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam mencapai keamanan serantau. Bincangkan.



Pengenalan

Demi mewujudkan sebuah Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang aman, pelbagai cabaran perlu ditangani oleh negara anggota untuk mencapai tujuan tersebut.

Bil.
Idea
Huraian


1
Cabaran
Kebebasan hak asasi manusia yang tidak diamalkan
·         Myanmar masih belum mengamalkan demokrasi dan diperintah oleh junta tentera.
·         Keadaan ini mengambarkan hak asasi manusia masih belum diamalkan sepenuhnya.
2
Status kerakyatan pelarian etnik Rohingya
·         Etnik Rohingya tidak diiktiraf kerajaan Myammar
·         Melarikan diri ke negara jiran untuk perlindungan
3
Keganasan di Selatan Thai/Filipina
·         Pergolakan melibatkan kematian dan kecederaan serta menjejaskan keamanan penduduknya.
·         Bangsa moro di Mindanao dan Filipina
4
Pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu
·         Pencerobohan bukti tidak menghormati kedaulatan negara.
·         Isu keselamatan dan kestabilan serantau tidak boleh dipandang ringan.
5
Isu pemerdagangan manusia
·         Pemerdagangan kanak-kanak, wanita dan buruh semakin berleluasa.
·         Mencemarkan imej sesebuah negara
6
Pengedaran dadah semakin serius
·         Rantau ASEAN masih menjadi kawasan “segi tiga emas” bagi pengedaran dadah.
·         Masalah penyeludupan masih belum diatasi dengan sepenuhnya
7
Kemasukan pendatang tanpa izin
·         Kemasukan secara haram menjejaskan keselamatan, masalah sosial kepada negara.
·         Persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan
8
Tuntutan pulau-pulau di kawasan Laut China Selatan
·         Tuntutan kepulauan Spratly menjejaskan keharmonian ASEAN.
·         Contoh Vietnam, Filipina – Pulau Batu Putih
·         Pecah belah antara negara anggota ASEAN
9
Aktiviti perlanunan
·         Bergiat di Selat Melaka
·         Kumpulan Mundu- culik dan rampas kapal melayu di perairan Malaysia

Kesimpulannya, cabaran ini perlu dihadapi dengan rasional dan segera bagi memastikan keharmonian dapat dicapai.
 

DASAR LUAR NEGARA



Dasar Luar Negara
  • Merupakan alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain.
  • Melalui dasar luar negara, Malaysia menyatakan pendirian berhubung dengan sesuatu isu yang beraku di sempadan negara mahupun negara lain yang jauh.
  • Tujuan dasar luar negara ialah melindungi dan memajukan kepentingan - kepentingan nasional iaitu keselamatan dan kesejahteraan ekonomi.
  • Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan dalam dasar luar sesebuah negara: 
                                  I.            Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana - mana negara dalam membuat keputusan.
                                II.            Dasar luar boleh berbentuk pemecilan atau pengasingan.
                              III.            Dasar luar boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar.
 
FAKTOR - FAKTOR DASAR LUAR
        I.           KEPENTINGAN NASIONAL
Malaysia mengelakkan sebarang ancaman atau serangan dari luar.
      II.            PIAGAM BANGSA-BANGSA BESATU(PBB)
Malaysia berpegang teguh pada prinsip Piagam Bangsa - bangsa bersatu seperti memelihara hak asasi manusia, menegakkan keadilan dan mengembangkan ekonomi dan sosial.
    III.            KEDUDUKAN GEOGRAFI
kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan dirantau Asia- Pasifik
  IV.            ISLAM 
Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam(OIC)
    V.            BEKAS JAJAHAN BRITSH 
Malaysia anggota Komanwel dan masih meneruskan hubungan dengan British dan lain-lain kecuali Australia dan New zealand.
  VI.            DASAR BERKECUALI  
Malaysia ingin mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
 

PRINSIP DASAR LUAR
a)     Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara lain.
b)     Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni.
c)     Malaysia mengamalkan prisip penyelesaian dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational)

Objektif dasar luar negara Malaysia:
  • menjamin keselamatan rakyat dan negara.
  • memelihara kepentingan nasonal dan mengekalkan kedaulatan negara.
  • mengalakan pembangunan dan kemajuan ekonomi
  • mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
  • mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah.

24 Jun 2014

Soalan Percubaan Pengajian AM Semester 3 2013

1.Serangan pengganas SULU di Lahad Datu Sabah boleh menimbulkan implikasi yang serius kepada negara dan perlu diatasi dengan segera. Bincangkan

2. Malaysia mempunyai peranan yang terdiri dalam Asean khursusnya kerjasama politik dan ekonomi. Bincangkan

3. Menghormati kedaulatan sesebuah negara merupakan salah satu faktor Malaysia dihormati oleh negara lain. Namun bergitu, terdapat faktor-faktor lain yang menjadikan Malaysia mendapat penghormatan sedemikian. Bincangkan
4. Mengekalkan keamanan dunia merupakan matlamat utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai anggota PBB Malaysia telah menunjukkan komitmennya dengan menghantar tentera untuk misi pengaman di bawah panji PBB. Walau bagaimana pun terdapat juga usaha-usaha lain yang menunjukkan penglibatan Malaysia di bawah panji tersebut. Bincangkan.
  
5. Malaysia berpendapat Antartika dan sumber-sumbernya merupakan sebahagian daripada “Warisan Bersama Dunia”. Malaysia mempunyai rasional sendiri apabila menimbulkan isu tersebut di Perhimpunan Agung PBB pada bulan September 1982. Bincangkan.

6. Kepelbagaian bio mempunyai kepentingan kepada kehidupan kerana saling berintraksi antara manusia dan alam sekitar. Namun begitu kerakusan manusia telah mengancam kelestariannya. Bincangkan
  
7. Kedatangan pendatang asing boleh meningkatkan ekonomi sesebuah negara, namun dalam masa yang sama mereka juga mendatangkan risiko kepada negara tersebut. Jelaskan.
  
8. Pergolakan politik boleh mendorong kepada tunjuk perasaan, rusuhan dan keganasan di sesebuah negara. Hal ini akan menjejaskan pembangunan negara tersebut dan mengancam keamanan dunia. Bincangkan kesan-kesan pergolakan politik terhadap ekonomi dan politik sesebuah negara dan dunia.

9. Senjata kimia dan senjata nuklear pernah digunakan dalam peperangan. Kini, penggunaan senjata biologi dan sejata kimia oleh pengganan sudah menjad ancaman global dan menjejaskan rakyat dan negara. Bincangkan risiko penggunaan senjata-senjata tersebut kepada manusia.
  
10. Malaysia memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan di rantau ini. Jelaskan pernyataan di atas.

11. Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) berjaya memesatkan hubungan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. Namun begitu, usaha-usaha lain turut digerakkan khususnya di peringkat serantau bagi memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Jelaskan.

12. Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai salah sebuah negara yang memainkan peranan besar dalam menyediakan peluang pendidikan kepada peringkat global. keupayaan yang dimiliki negara membantu mencapai matlamat tersebut. Jelaskan.