10 Jun 2014

Nama IMTINAN KHANSA

Menurut Pak Cik aku... Pak Cik Google, IMTINAN KHANSA ni memberi maksud kepada;

Anugerah Ilahi - Imtinan
Nama pujangga Islam perempuan terdahulu, seorang pejuang Muslimah - Khansa


Itulah maksud dia.. Akukan suka cari nama yang islamik sikit..
Nama kucing aku bagi nama omputih...
Nama bakal anak-anak aku tak tau lagi...
hahahaaa....

Kucing aku baru je beranak sabtu hari tu.. nampaknya aku sebagai Tuan yang berdedikasi kena cari nama untuk anak-anak kucing itu.. 4 ekor ok.. semua berwarna hitam... memang tak pandai kucing tu cari kucing jantan.. punyalah aku kenen-kenenkan dengan kucing yang berwarna oren tu buat derk je... tak tau ke kucing berwarna oren ni comel... bukan macam kucing yang bernama doremon tu.. harap Dewi dan Edwina abik perhatian nanti.. cari kucing yang cantik warna bulu ia ini tak yang berwarna hitam jugak menjadi pilihannya.. aku tau lah Hitam itu manis tapi agak-agaklah ....

aku sebenarnya merancang untuk tido sebelum pukul 3 pagi. tapi apakan daya..

Niat Ganti Puasa.

Assalamualaikum......
Selamat Pagi....
dan Selamat Semuanya..............

Tinggal berapa hari je lagi nak puasa. Aku rasa masih belum terlambat nak ganti puasa.
Bukan perempuan je yang ganti puasa ni.. lelaki pun kalau rasa tak cukup 29 hari dia berpuasa tu sila-silalah ganti puasa sebelum terlambat.. Aku tahun lepas jatuh sakit..  Yelah seminggu cuti sebelum raya dah kena Demam.. tambah berapa hari masa raya lagi.... Harap tahun ni sihatlah.. Aminn..
Sila la Qada' puasa tu cepat.
Aku nak puasa esok! tak boleh jadi puasa nak dekat.


Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi : 
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
 Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala
Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala
 
 

ER: Malaslah nak jumpa Doc. khamis ni... Malas!!!!!!

7 Jun 2014

Pelarian – Sakura Band ft Sixth Sense


Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu

Ternyataku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka

Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali
Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu

(ulang dari permulaan)
Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu (2x)



*Aku sebagai perempuan yang bijak tak akan jadi macam lagu ni elok2 dah ada kekasih yang baru nak pulak pergi dekat kekasih yang lama. Contohnya kekasih lama kita yang tinggalkan kita tak ada makna aku nak pergi balik dekat dia... Dah ludah nak jilat balik. Pengotor...