7 Jun 2014

Pelarian – Sakura Band ft Sixth Sense


Engkau datang kepadaku
Dengan sejuta harapan
Kau janjikan cinta itu

Ternyataku hanya persinggahan
Hatimu yang luka
Sungguh ku tak sangka

Dan saat kekasihmu
Inginkan kau kembali
Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu

(ulang dari permulaan)
Tinggalkan aku
Lupakan ku
Kembalilah kau kepada dirinya
Kerna kutahu
Cinta ini
Hanya pelarian bagimu (2x)



*Aku sebagai perempuan yang bijak tak akan jadi macam lagu ni elok2 dah ada kekasih yang baru nak pulak pergi dekat kekasih yang lama. Contohnya kekasih lama kita yang tinggalkan kita tak ada makna aku nak pergi balik dekat dia... Dah ludah nak jilat balik. Pengotor...

Cuti dan Assignment

Hari tu dapat email dari Nuffnang. Dia invite pergi Kilang Mamee dekat Melaka.
Yang sedihnya aku check email selepas hari event tu... Hahahaa
Kalau aku check pun bukan tentu aku pergi kan.... Ini first time Nuffnang bagi invitation dekat aku kot... hahahaaa
Duit dekat Nuffnang tu tak gerak-gerak pun... Mereka kata kalau nak duit tu bergerak... kenalah ramai visit ur blog...
Aku ni manalah suka orang ramai-ramai tengok blog aku yang sendu ni.... Malu tau...
Dah lama aku tak tulis macam ni kan... Asyik pasal STPM je....
Sekarang ni pun cuti... Sem 3 bakal menyusul.... Get ready dengan pbs BM pulak...
PBS Sastera ni tak siap lagi... pening aku nak set kan masa dia ni..... Salam.

2 Jun 2014

5 Cara Meningkatkan Pendapatan Blog.

  1. Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda.
Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog anda melebihi 20 views setiap hari.
  1. Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan!
Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
  1. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda!
Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.
  1. Memahami pembaca blog anda.
Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
  1. Pengiklanan banner Nuffnang.
Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.