Hari tu dapat email dari Nuffnang. Dia invite pergi Kilang Mamee dekat Melaka.
Yang sedihnya aku check email selepas hari event tu... Hahahaa
Kalau aku check pun bukan tentu aku pergi kan.... Ini first time Nuffnang bagi invitation dekat aku kot... hahahaaa
Duit dekat Nuffnang tu tak gerak-gerak pun... Mereka kata kalau nak duit tu bergerak... kenalah ramai visit ur blog...
Aku ni manalah suka orang ramai-ramai tengok blog aku yang sendu ni.... Malu tau...
Dah lama aku tak tulis macam ni kan... Asyik pasal STPM je....
Sekarang ni pun cuti... Sem 3 bakal menyusul.... Get ready dengan pbs BM pulak...
PBS Sastera ni tak siap lagi... pening aku nak set kan masa dia ni..... Salam.
7 Jun 2014
2 Jun 2014
5 Cara Meningkatkan Pendapatan Blog.
- Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda.
Kami mencadangkan minimum 20 views setiap hari.
Anda boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog
anda melebihi 20 views setiap hari.
- Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan!
Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda
boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular.
Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper, oleh
itu kami mencadangkan supaya anda memastikan blog anda mempunyai ruang untuk
unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit
iklan, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".
- Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda!
Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda
dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini,
ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang
berkenaan.
- Memahami pembaca blog anda.
Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda
boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan
jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada
kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai
untuk blog anda, bukan sahaja akan membolehkan kami untuk memperuntukkan iklan
yang sesuai kepada blog anda, malahan dapat menambah pendapatan blog anda.
- Pengiklanan banner Nuffnang.
Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada
pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut
membolehkan kami mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat
mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan.
Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda,
tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog
anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.
7 Mei 2014
STPM P2 : Sejarah; Sumbangan Ibn Battutah
Nama
sebenar Ibn Battutah ialah Muhammad bin Abdullah al-Lawafi. Beliau dilahirkan
pada tahun 1304 M. di Tangier, Maghribi. Beliau telah menerima pendidikan agama
semasa kecil lagi kerana bapa dan datuknya merupakannya ulama dan bertugas
sebagai kadi. Beliau memulakan pengembaraannya semasa berumur 21 tahun. Beliau
sememangnya seorang tokoh pengembaraan dan sejarawan Islam yang terkenal.
Beliau digelar The Prince of Muslims Traveller oleh para orientalis Barat.kitabnya,
Rihlah Ibn Battutah yang mengandungi catatan pengembaraannya diterjemahkan
dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Jerman dan
sebagainya. Catatannya ini
Langgan:
Catatan (Atom)

