19 November 2013

Esei Jenayah Kolar Putih.

Jenayah kolar putih seperti rasuah dan penyelewengan kuasa berpunca daripada nafsu tamak haloba manusia sendiri. Jenayah ini boleh membawa keruntuhan sosial dan ekonomi negara. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa penguatkuasaan undang-undang merupakan langkah yang berkesan untuk membendung jenayah kolar putih.

Pengenalan.

  • Jenayah kolar putih merupakan jenayah tanpa kekerasan
  • penguatkuasaan undang-undang memang penting untuk mengatasi masalah ini.
Isi.

1. Penguatkuasaan Undang-undang.
  • Kakitangan kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini harus dikenakan tindakan tatatertib
  • Pemimpin politik yang terlibat dalam rasuah harus dilucutkan daripada jawatannya.
  • Hukuman yang berat juga harus dikenakan.
  • Harta pesalah harus dirampas untuk dijadikan pengajaran dan amaran kepada yang lain.
2. Urusan Organisasi yang mudah berlakunya jenayah ini harus dikawal dengan ketat
  • Agensi kerajaan yang mugkin terdedah kepada rasuah perlu dikawal dengan ketat.
  • Institusi kewangan perlu menyelia pengaliran wangnya dengan ketat.
  • Prosedur kerja di bank harus diketatkan
3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia juga perlu dimajukan.
  • Penjenayah mahir dalam bidang mereka.
  • Oleh itu, penyelewengan mereka amat halus dan sukar dikesan.
  • Jadi kita memerlukan pakar yang berkaitan
  • Oleh itu, pegawai siasatan Polis/SPRM yang pakar dalam bidang ini harus ditambah. Dengan itum penyenayah kolar putih mudah ditangkap.
4. Didikan agama juga penting untuk mengatasi penyakit sosial ini.
  • Mereka yang beragama tidak akan melakukan kemungkaran.
  • Orang beragama lebih jujur dan amanah
  • Mereka tidak akan mudah dipengaruhi nafsu tamak haloba
  • Mereka tidak berani memberi atau menerima rasuah
  • Ketakutan kepada pengadilan Tuhan di akhirat memang berkesan dalam hal ini.
5. Kempen kesedaran juga perlu dilancarkan.
  • Kita akan sedar bahawa jenayah ini akan merugikan semua orang.
  • Selanjutnya kita akan menjauhinya
  • Perasaan benci akan jenayanh ini akan dipupuk
  • Orang ramai juga akan memberikan sokongan kepada SPRM dan orang ramai akan lebih berani membuat aduan.
Kesimpulan.
Kerajaan mesti komited dan mengambil tindakan yang tegas untuk menangani jenyah kolar putih. Dengan itu, dapatlah diwujudkan kerajaan yang bersih,cekap dan amanah.

10 November 2013

SEBUAH IKATAN

Even aku ni budak kecik, tapi nak kata jugak!

Jangan fikir perkahwinan ni benda yang boleh dibuat main, macam main pondok-pondok. Kahwin hari ni seminggu lepas tu bercerai.

Sebulan lepas tu prosiding dekat Mahkamah pun tak selesai lagi dah gatal nak cari yang baru.

Jangan jadi budak yang tak pernah berkahwin. Berfikiran matang la sikit.

Bila benda macam ni dah terjadi ia melibatkan banyak pihak yang malu tahu 
tak?

Si Suami, Isteri, bakal pengantin ( belum tentu jadi), keluarga belah Si Suami, belah Si Isteri, 

Belah bakal Pengantin. Apa pandangan masyarakat nanti kalau terjadi macam ni?

Tolong jangan bertindak BODOH!

Kalau perempuan tu tak reti masak hari ni mungkin esok lusa dia boleh masak.


Kalau dia seorang yang free hair tegurlah dia sebagai seorang pembimbing jangan terus nak judge dia dengan menceraikan dia. Childish!

Jujur aku katakan aku tak suka lelaki macam ni. Dan aku harap Dia tak macam tu!
Kalau sekadar nak malukan perempuan tu jangan lah baik buang jauh fikiran macam tu.
Banda macam ni boleh Saman tak erk? Saman malu. Macam tak logik je seorang yang ada pegangan agama boleh lakukan perkara macam ni. Aku rasa dia anggap perkahwinan dia macam kena paksa.

HELLO!!!!
Melalui pembacaan aku lah kan. Orang yang selalu kena paksa kahwin ni akhirnya happy ending tau.
Bukannya sad ending. 

Aku harap pemilik tulang rusuk aku ni bukan jenis yang macam tu. Aku tak rela di ceraikan. Aku mahu berkahwin untuk sekali.

Maaf even aku tak layak lagi nak kata macam ni. Tapi aku harap tak terjadi pada aku.

5 November 2013

Apa Cita-cita Saya?

Assalamualaikum....

Aku pernah terbaca post seseorang... Lepas STPM nak buat apa?
Dan Mak aku ada tanya tadi "Adik nanti nak jadi apa? "
"Entah la. Mana yang dapat nanti pergi je lah" Nampak sangat aku dah tak tau nak jadi apa.

Yang aku tahu la kan kalau ambik Sastera, BM , Sejarah ni mungkin boleh jadi cikgu, Peguam, apa lagi erk cita-cita kat dunia ni erk? Suri rumah tangga pun boleh jugak apa. 

Tapi best ape lepas STPM jadi suri rumah tangga... hahaha
Tak ada hutang dengan PTPTN kan hado! , 
Siapa pulak nak jadi laki aku? Kalau aku jadi suri rumah tangga sepenuh masa apa jadi dengan rumah tu erk? Berasap ke tak dapur????

Tapi sebolehnya Mak aku tak nak anak-anak dia berharap sangat dengan Suami. Nanti kena tinggal siapa nak tanggung? Sekurang-kurangnya bila ada kerja nanti tak adalah sangatkan!! Lagi pun semua anak-anak dia perempuan. Itu pentingnya Ilmu sekarang ni. Rata-rata ramai perempuan yang jadi anartu sebab dah berkerjaya dan fikir penting ke ada suami ni?  Tapi aku tak nak jadi sebahagian dari mereka tu. Aku nak ada anak tau. Lagi-lagi yang comel tu. Aku suka stalk IG Kakak-kakak blogger "Irene Nadia" dan "Dena Bahrin" anak dia orang comel tahu!! Aku suka.. Aku suka... Apa motip aku tulis ni...

Back to cerita... Jujur aku katakan aku tak tahu nak jadi apa sebenarnya!! Nak jadi Reporter? atau jadi Director? or jadi Writter? or Ibu kepada anak-anak aku( cerita 10 tahun lagi kot) ?

Actually esok SPM dah start exam STPM pulak keesokkan hari nya. AKu punya exam menyusul setelah Exam Sem 3 habis. Exam aku tamat 25/11 ni.. Wish me good luck ok! Hopefully I can do like i do at the Trial yang lepas... huhuhuhu