3 Jun 2013

Pemilihan.

Assalamualaikum....

Aku terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menulis entri ni. Sebab line yang tidak mengizinkan.


Perggg..... dekat je tu
Course die pun best jugak...



Check pulak dekat sini



Pikir nak terima ke tak?


ok atau cancel????



dan akhirnya sudah tersurat yang kita tak mungkin bersatu...
sob.. sob.. sob..

Kalau ada jodoh kita bertemu lagi...

Dan aku akan meneruskan pengajian aku di Tingkatan 6. Walaupun ada suara-suara sumbang yang menyuruh aku ambil Diploma. Terutamanya Cik yang call aku semalam yang menawarkan Course Pengajian Perniagaan atau Akauntasi dekat PD. Selain itu, ada jugak kolej yang menawarkan course Pengajian Perniagaan dekat aku. Daftar 2/7 ni dekat Melaka. Semuanya IPTS, IPTA tidak berjaya. Cuma Politeknik saja yang layak itu pun dekat Muadzam,Pahang Tapi aku sudah tolak dengan cara yang baik.

Kalau ada IPTS yang menawarkan course Perbankan ataupun Kewangan memang aku pergi. Tapi malangnya tiada. Kalau ada pun mungkin tidak untuk aku.

26 Mei 2013

Hadapi dengan Senyuman


Jumaat hari tu aku check lah website UPU

TENGOK NI!!!



Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) ??
Mula aku dapat tahu aku dapat tu, Aku tengok Politeknik mana yang tawarkan program ni.
Semua Politeknik yang tawarkan program ni semuanya jauh-jauh.

Aku rasa ada buat kesilapan masa isi ni.
Aku letak program ni pilihan pertama. Tapi aku tak pernah terlintas difikiran aku nak jadi programmer.
Aku nak jadi Banker. Tapi aku letak dekat pilihan kedua dan senibina pilihan ketiga. Dan sekarang perasaan aku sangat menyesal. Sebab tu masa nak isi upu ni kena fikir panjang dulu. Jangan main letak je apa yang rasa kita suka. Dulu masa aku isi upu ni aku nak jadi programmer tau. Tapi sekarang ni aku nak jadi Banker tau.

Sekarang aku dah masuk Form 6. Form 6 ni susah tau. Kelima di DUNIA, Ketiga di ASIA dan Pertama di MALAYSIA. Susahkan? Bila aku join group STPM STUDENT ternyatalah kepayahan F6 ni. Kesusahan F6 ni terletak pada soalan semester dia. Baru je habis exam semester 2 ada yang rasa nak repeat. Tapi aku tak nak repeat peper. Macam mana???

Teruskan Form 6 atau Politeknik?
Akak aku suruh teruskan form6
Mak pun sama.
Abah? entahlah
Aku takut tak dapat adapt dengan suasana pembelajarannya. Walaupun aku ambil 4 matapelajaran ajak susah.

tapi aku dah mulakannya dulu, bermakna aku kena tamatkan dia jugak.
Aku kena kuat!!!!!! Setahun setengah je Elya! Kau boleh buat.


Kita - Forteen (OST SSID)

Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih
Sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

[*] Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita
Di jiwaku sengsara menanggung derita
Kerana cinta berubah tapi tak mahu kehilanganmu
Repeat [*]
Sepi walaupun bila bersama
Dekat pun tetapi berjauh hati
Manakah kita bila sering bertentangan sahaja
Walaupun bibir cuba menafi
Hakikat percaya tanya dengan jujur manakah kita