22 Mei 2013

Panggilan Misteri!!!

Assalamualaikum.....


Masuk hari ni dah 2 hari nombor 0392077277 dan 0327883400 call aku. Tapi aku tak angkat sebab yang pertama aku tak perasan. Yang kedua dia call masa aku sekolah. Ketiga dia call masa aku tidur, macam mana aku nak jawab? Cubalah call masa aku free macam ni! Ini tidak masa aku busy jugak yang dia nak call.
Tak paham de aku!!

Yang aku musykil nya mana orang tu dapat nombor aku?
Setahu aku, aku tak ada join mana-mana contest. Nak kata aku apply kerja pun tak adalah.
Yang ada pun aku cuma tolong cari kan kerja adalah. Yang aku apply pun cuma UPU , SPA dan sewaktu dengannya. Pelik bin Ajaib!!

Tadi bila aku call balik tak jawab pulak! hurmmm....
Bila aku google nombor ni keluar  lah tentang benda ni . klik ni!! dan yang ini juga!

Sekarang ni aku betul-betul pelik!! Buat apa orang tu call aku??
Nak jual Insurans ke apa?? Setahu aku lah kan.. aku ni manalah ada akaun bank BSN
Walaupun dulu aku selalu pergi Bank BSN tapi aku tak ada akaun BSN ok!!
Macam mana pulak dia boleh call aku kalau aku tak ada akaun BSN!!!!!!!!
Masalah utamanya kan aku ni sekolah lagi , kerja pun belum lagi yang call aku buat apa????
Sepatutnya orang ni call orang yang dah kerja... yang call aku yang tak kerja ni buat apa?
Ke sebab dulu aku selalu call tol bebas BSN dulu???

Jeng..jeng.... jeng....

hahhahaa

11 Mei 2013

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA 2013/2014 Lepasan SPM/Setaraf - Semakan Online


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA 2013/2014 Lepasan SPM/Setaraf - Semakan Online | Pengurusan Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2013/2014 yang Dimaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan boleh dibuat pada minggu ketiga pada bulan Mei 2013 ini Berkemungkinan Pada 17 Mei 2013

Lepasan SPM 2012/ Setaraf :
Para Pelajar lepasan SPM/ Setaraf Permohonan Kemasukan ke IPTA / Politeknik / ILKA / Matrikulasi Sesi Akademik 2013/2014 yang memaklumkan bahawa semakan keputusan permohonan boleh dibuat pada minggu ketiga pada bulan Mei 2013 ini

Cara Semakn UPU Secara Online



Cara Semakan UPU Melalui SMS

  • Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888


Tarikh Keluar Keputusan IPTA
  • Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada minggu ke -3 pada bulan MEI  (SPM) Mungin 21 Mei 2013


Semakan Bagi Program Temuduga IPTA 2013 Lepasan SPM/Setaraf

Semakan Boleh Dibuat Di :
>> Universiti Malaya (UM)
>> Univertsiti Teknologi Mara (UiTM)
>> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
>> niversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
>> POLITEKNIK (Jabatan Pengajian Politeknik, JPP)

Semakan Penting Temuduga : 
  • Tarikh Semakan Pada 22 April 2013 Hingga 24 April 2013
  • Tarikh Temuduga Pada 24 April 2013 Hingga 5 Mei 2013

Note kaki : Calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui hotline 03-8870 6767, helpline 03-8870 6777, talian am 03-8870 6755/6766.


SEMAKAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK PREMIER

Cara Semakan Politeknik Premier SMS :


Cara Semakan Politeknik Primeir SMS :
  • Taip UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888


Semakan Pangilan Temuduga ILKA/Politekni Premier:
  • Semakan Boleh Dibuat Di POLITEKNIK (Jabatan Pengajian Politeknik, JPP)
  • Tarikh Semakan Pada 22 April 2013 Hingga 24 April 2013
  • Tarikh Temuduga Pada 24 April 2013 Hingga 5 Mei 2013


Tarikh Semakan Politeknik Primier :
  • Semakan keputusan permohonan Anda boleh Buat pada 17 Mei 2013





19 April 2013

Kisah Orang Baru Kahwin. :))


Aku ada jumpa cerita yang lawak + memalukan orang yang baru kahwin...



Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. 
Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti.Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. 
Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku dudukdikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tungguisteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa adalagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau ia powergila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari nile... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku..mulutku terus melopong...ALAMAK!!!  
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.

JADI KALO NAK KAWIN TUE CARI ORG YANG TAHAN KENTUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!SUPAYA MASA DEPAN TERJAMIN.



Tak senonoh betul lelaki ni... Hahahahaaa....