1 Februari 2013

Tak Ada Sebab

Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?


Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..

Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.

Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.

 “Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

  
sumber..

26 Januari 2013

Biarlah

Aku sudah berlari
Mengejar yang tak pasti 
Mengejar kamu.. Hanya dirimu..

Ku lantunkan hidupku 
Ku bisikkan cintaku
Hanya untukmu.. Hanya untukmu...

Tapi engkau terus pergi 
Tapi engkau terus berlari 
Jadi biarkanlah aku di sini

Biarlah ku rela 
Melepas mu, meninggalkan aku 
Berikanlah aku
Kekuatan untuk lupakan mu

Waktu terus bergulir 
Sakit tetap mengukir 
Jalan hidupku.. Jalan hidupku..

Berikanlah jiwamu 
Berikanlah cintamu 
Hanya untukku.. Hanya untukku

Tetapi engkau terus pergi 
Tapi engkau terus berlari 
Jadi biarkanlah aku di sini

Kau jauh dariku
Kau tetap menjauh dari aku







Biarlah kurela..Melepasmu, meninggalkan aku..Berikanlah aku..Kekuatan untuk lupakanmu
   

lirik lagu ni sangatlah .......???? 



 

22 Januari 2013

Kek Batik Milo

Assalamualaikum......

Birthday aku dah lepas... lebih kurang 20 hari dah...
Tapi baru sekarang baru nak buat kek.

Sejak aku reti buat kek aku dah tak beli dah..
Selalunya aku akan buat Kek Coklat.
Sikit-sikit Kek Coklat.

Tapi hari ini aku buat Kek Batik Milo
hahahhaa..
Ini lah kek yang paling senang, mudah, cepat yang pernah aku buat.
Tak ada guna tepung gandum pun

Sekejap je masa yang aku guna bertenggek dekat dapur..
Masa yang selebihnya kena sujukkan Kek tu je..
Belum rasa lagi kek aku buat tu.
Entah sedap ke tak
First time buat kek lah katakan
Hahahahha...