15 Januari 2013

Kahwin Muda.


Assalamualaikum...

Jangan terkejut pula dengan tajuk "Kahwin Muda".
Aku bukan kena kahwin pun cuma aku cemburu dengan dengan mereka yang kahwin muda.
Bukan mudah nak kahwin muda.
Nak jaga semua keperluan suami.
So susah kan?

Situasi 1
Isteri masih belajar dan Suami sudah berkerja.
mesti susahkan Isteri dengan study lagi dengan nak jaga rumah tangga lagi.
tak tau aku kalau aku kena macam ni.
Lepas itu mengandung pulak. Nak pergi kelas lagi. Kalau kena naik tangga yang banyak macam manakan.
Ada exam masa tengah sarat macam manalah..
Dengan pening, muntahnya masa belajar. Tak tau lah aku macam mana.

Situasi 2.
Isteri dan Suami sebaya.
Macam mana tu?
Aku tak tahu nak tulis macam mana.
Sebab aku tak ada pengalaman membaca situasi 2 ni
hahahaha



Kalau rasa dah mampu nak jaga anak orang  tu baguslah.
Lagi pun kahwin muda dapat elakkan maksiat.

7 September 2012

HI SEPTEMBER!!

Assalamualaikum

Rasanya dah lama aku tak tulis en3 baru(buzy la katakan). Isnin minggu ni aku dah mula trial SPM.Aku ada 5 paper je lagi kalau tak silap aku. Minggu depan ada paper Sains l & 2 dengan Perdagangan 1&2. Minggu lagi satu aku ada  kertas Seni Visual 2. Susah tu seni halus tu, nak melukis nak warna lagi. Dah lah petang, masa pagi tu aku tak de paper boleh tak kalau aku datang petang? Kan elok kalau boleh buat macam tu! Masa SPM sebenar bolehlah pergi lambat, ni aku lom habis sekolah okey! Tak sabarnya nak habis sekolah + habis SPM... TAK SABARNYA!!!.

30 Julai 2012

PLKN..

ASSALAMUALAIKUM....

Aku nak share something ni..
Dengan bangganya aku tak dapat PLKN siri 10/2013.
tapi kecewa tu ada lah jugak.. sehari sebelum keluar tu malam tu aku chek tapi belum keluar lagi.
Esoknya aku chek la.. mana tahu nama aku ada pulak kan mana lah tahu...
Tapi apakan daya aku tak dapat... kebanyakkan kawan dalam kelas aku tak dapat. Hanya 3 orang je yang dapat tu pun perempuan yang lelaki aku tak tahulah...
Aku peliklah kenapa aku tak dapat erk??? sebab akak aku tak dapat pergi pun? mesti aku berpotensi besar untuk dapat PLKN ni kan??? tapi aku tak dapat pun... Aku tak faham lah.. Yang chek hari tu semuanya untuk kumpulan 1 ke untuk kumpulan keseluruhannya. Atau nanti kena chek lagi??? tuyang aku musykil.. Ada budak ni kata siapa yang tak dapat tu nanti dah tak dapat lagi.. Ye ke???

Aku tak dapat PLKN ni abah aku suruh akak aku buat rayuan untuk aku. Abah aku kata aku ni lembik. Tak pe lah kalau perempuan lembik lain lah kalau aku ni lelaki lain lah kan??? Apa-apa je abah aku ni.
Kalau aku dapat nanti mesti ada orang sunyi tak de orang nak gaduh dengan dia... haaahaha...

Apa-apa pun siapa yang dapat tu tahniahlah. Siapa yang tak dapat tu bersyukurlah. Dan siapa nak pergi tapi tak dapat tu pergilah buat rayuan. Itu pun kalau dapat, kalau tak. Tak tahulah aku.