Jumaat hari tu aku check lah website UPU
TENGOK NI!!!
Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) ??
Mula aku dapat tahu aku dapat tu, Aku tengok Politeknik mana yang tawarkan program ni.
Semua Politeknik yang tawarkan program ni semuanya jauh-jauh.
Aku rasa ada buat kesilapan masa isi ni.
Aku letak program ni pilihan pertama. Tapi aku tak pernah terlintas difikiran aku nak jadi programmer.
Aku nak jadi Banker. Tapi aku letak dekat pilihan kedua dan senibina pilihan ketiga. Dan sekarang perasaan aku sangat menyesal. Sebab tu masa nak isi upu ni kena fikir panjang dulu. Jangan main letak je apa yang rasa kita suka. Dulu masa aku isi upu ni aku nak jadi programmer tau. Tapi sekarang ni aku nak jadi Banker tau.
Sekarang aku dah masuk Form 6. Form 6 ni susah tau. Kelima di DUNIA, Ketiga di ASIA dan Pertama di MALAYSIA. Susahkan? Bila aku join group STPM STUDENT ternyatalah kepayahan F6 ni. Kesusahan F6 ni terletak pada soalan semester dia. Baru je habis exam semester 2 ada yang rasa nak repeat. Tapi aku tak nak repeat peper. Macam mana???
Teruskan Form 6 atau Politeknik?
Akak aku suruh teruskan form6
Mak pun sama.
Abah? entahlah
Aku takut tak dapat adapt dengan suasana pembelajarannya. Walaupun aku ambil 4 matapelajaran ajak susah.
tapi aku dah mulakannya dulu, bermakna aku kena tamatkan dia jugak.
Aku kena kuat!!!!!! Setahun setengah je Elya! Kau boleh buat.