19 April 2013

Kisah Orang Baru Kahwin. :))


Aku ada jumpa cerita yang lawak + memalukan orang yang baru kahwin...



Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. 
Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti.Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. 
Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku dudukdikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tungguisteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa adalagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau ia powergila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari nile... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku..mulutku terus melopong...ALAMAK!!!  
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.

JADI KALO NAK KAWIN TUE CARI ORG YANG TAHAN KENTUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!SUPAYA MASA DEPAN TERJAMIN.



Tak senonoh betul lelaki ni... Hahahahaaa....

15 April 2013

Tarikh Semakan

Adakah aku ini internet bergerak?
tempat tanya itu ini.
Hahahha...
Hari ni aku nak maklumkan bahawa tarikh 

SEMAKAN TINGKATAN ENAM SESI 2013/2014 AKAN MULA DIBUKA 24 APRIL 2013 (RABU). SEMAKAN BOLEH DIBUAT MELALUI POTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA



11 April 2013

Hobi Baru Aku!

Aku ada hobi baru..
Habi baru aku ialah melukis. Hahahha
Dulu masa sekolah melukis adalah subjek yang aku tak minat.
Sebab asyik lukis pokok dengan sungai. Bosan.
Nak tahu aku lukis apa??
Tunggu !!!

Untuk sekarang ini biarlah rahsia bak kata Datuk Siti Nurhaliza..
hahaahaha



10 April 2013

Bukan Dia Tapi Aku- Judika






Berulang kali kau menyakiti 
Berulang kali kau khianati 
Sakit ini coba pahami 
Ku punya hati bukan tuk di sakiti

Ku akui sungguh beratnya 
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada 
Namun harus aku lakukan 
Kar'na ku tahu ini yang terbaik 

Ku harus pergi meninggalkan kamu 
Yang telah hancurkan aku 
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya 

Ku akui sungguh beratnya 
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada 
Namun harus aku lakukan 
Kar'na ku tahu ini yang terbaik

Ku harus pergi meninggalkan kamu 
Yang telah hancurkan aku 
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya 

Cintaku lebih besar dari cintanya 
Mestinya kau sadar itu 
Bukan dia, bukan dia, tapi aku 

Begitu beratkah ini... 
Hingga ku harus mengalah... 
Ku harus pergi meninggalkan kamu 
Yang telah hancurkan aku 
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya 

Cintaku lebih besar dari benciku 
Cukup aku yang rasakan 
Jangan dia, jangan dia, cukup aku 
Jangan dia, jangan dia, cukup aku

9 April 2013

Finger Pain.

My Jari kebas!
I mengidap penyakit carpal tunnel syndrome ?


Apa itu carpal tunnel syndrome ??
tekan ni dan ini juga this.

Aku tak boleh nak kata aku menghidap atau tidak.
Tapi yang pasti jari aku kebas. Nak taip pun tak pantas seperti selalu.
Aku terpaksa mengurangkan aktiviti menggunakan jari?
ini tidak mungkin!

3 April 2013

Dibubarkan

Hari ni genap 4 tahun Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memimpin Malaysia sebagai Perdana Menteri .Hari ini juga beliau mengumumkan bahawa Parlimen telah dibubarkan berkuatkuasa mulai hari ini 3 April 2013 mengikut perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum yang ke-13.

Akhirnya Parlimen dibubarkan. Selamat Pertanding, Selamat Berkempen dan Selamat Pengundi. Sama-sama kita nantikan keputusan Pilihan Raya ini nanti.

*Entah blog mana aku cilok ayat tu. Credit Tuan Punya Blog. Ayat Anda saya guna. Terima Kasih.

1 April 2013

Dejavu by Shila Amzah. (lirik)


Terimalah lirik yang pertama dan en3 yang pertama dari saya di bulan April ni.
Saya sertakan sekali dengan videonya..


Aku bukan lemah tanpa cinta Hanya tidak mampu sendiri tanpanya Biarkan aku menangis kerna derita 
Dia hadir mengubatkan rindu Mengajarkan aku erti cinta Namun semua tidak seindah ku sangka
Dialah yang aku inginkan Dia cinta yang kudambakan Namun semua hanya tinggal mimpi Terpisahnya cinta 
Aku harus melupakannya Aku harus memadam rasa Namun hati tidak pernah mampu Melepas kau pergi
Setelah sedar dari mimpi Harus ku terus hidup tanpamu Kini ku pasrah segalanya Tentang cinta




#AprilWishes dapat panggilan temuduga. Amin
Agak buruk bila di blockqoute kan...