7 September 2012

HI SEPTEMBER!!

Assalamualaikum

Rasanya dah lama aku tak tulis en3 baru(buzy la katakan). Isnin minggu ni aku dah mula trial SPM.Aku ada 5 paper je lagi kalau tak silap aku. Minggu depan ada paper Sains l & 2 dengan Perdagangan 1&2. Minggu lagi satu aku ada  kertas Seni Visual 2. Susah tu seni halus tu, nak melukis nak warna lagi. Dah lah petang, masa pagi tu aku tak de paper boleh tak kalau aku datang petang? Kan elok kalau boleh buat macam tu! Masa SPM sebenar bolehlah pergi lambat, ni aku lom habis sekolah okey! Tak sabarnya nak habis sekolah + habis SPM... TAK SABARNYA!!!.

30 Julai 2012

PLKN..

ASSALAMUALAIKUM....

Aku nak share something ni..
Dengan bangganya aku tak dapat PLKN siri 10/2013.
tapi kecewa tu ada lah jugak.. sehari sebelum keluar tu malam tu aku chek tapi belum keluar lagi.
Esoknya aku chek la.. mana tahu nama aku ada pulak kan mana lah tahu...
Tapi apakan daya aku tak dapat... kebanyakkan kawan dalam kelas aku tak dapat. Hanya 3 orang je yang dapat tu pun perempuan yang lelaki aku tak tahulah...
Aku peliklah kenapa aku tak dapat erk??? sebab akak aku tak dapat pergi pun? mesti aku berpotensi besar untuk dapat PLKN ni kan??? tapi aku tak dapat pun... Aku tak faham lah.. Yang chek hari tu semuanya untuk kumpulan 1 ke untuk kumpulan keseluruhannya. Atau nanti kena chek lagi??? tuyang aku musykil.. Ada budak ni kata siapa yang tak dapat tu nanti dah tak dapat lagi.. Ye ke???

Aku tak dapat PLKN ni abah aku suruh akak aku buat rayuan untuk aku. Abah aku kata aku ni lembik. Tak pe lah kalau perempuan lembik lain lah kalau aku ni lelaki lain lah kan??? Apa-apa je abah aku ni.
Kalau aku dapat nanti mesti ada orang sunyi tak de orang nak gaduh dengan dia... haaahaha...

Apa-apa pun siapa yang dapat tu tahniahlah. Siapa yang tak dapat tu bersyukurlah. Dan siapa nak pergi tapi tak dapat tu pergilah buat rayuan. Itu pun kalau dapat, kalau tak. Tak tahulah aku.

21 Julai 2012

semakin dekat la..

Assalamualaikum!

Hari ni dah 1 Ramadhan. Bila dah dekat puasa makin dekat la trail. Bila semakin dekat raya semakin dekat sangat-sangat trail tu. wuahhhh..... dah dekat sangat tu trail SPM ni.. kena wat persediaan ni..
Apa-apa pun Selamat menjalani ibadah puasa bagi semua umat islam.


17 Julai 2012

AKU RASA AKU ADA PENYAKIT KRONIK..

ASSALAMUALAIKUM.......

Aku rasa aku ni ada penyakit kronik la...... Nak taw tak penyakit apa? Aku rasakan aku ada penyakit gila baca novel. Terpengaruhlah ni dengan Mak aku suka baca novel. Macam tak sedar yang bulan 11 ni nak SPM. Henti-hentikanlah baca novel tu Elya. Dan hari ni aku ada cita-cita baru taw. Cita-cita baru aku ialah.............................. aku nak buka kedai buku. hahahahahahahahhaaa............ lawak tak cita-cita aku ni?
Biasalah kalau orang ada penyakit macam akul ni yang berkaitan dengan buku semua dia nak kan jadi cita-cita.
Suatu ketika dahulu... ayat!! aku minat nak jadi penulis. obses baca novel lah ni. Tapi aku tak pandai menulis. Kalau tak memang akan ku buat satu novel.. hahahaha.........
Rasa-rasa boleh rawat tak penyakit aku ni???

13 Julai 2012

DAPAT KE TAK? KE AKU TERLALU AWAL.

ASSALAMUALAIKUM....


Aku nak tahu sangat-sangat.. aku dapat ke PLKN tu. Mintak-mintaklah tak dapat tapi.(Amin..) kakak aku tak dapat mestilah aku dapat kannn.. Aku bukan ada adik-beradik yang lain pun. Mesti lah aku dapat punya. Aku berani gigit jari lah..
Aku cubalah test check mana tahu dapat pulak.. tapi tak ada respond pun. Aku test check guna  henset je kot. Tapi Abah aku tak bagi check dulu, nanti sedih lak nanti. Focus kat SPM jangan fikir sangat PLKN tu. Abah aku lah kata. Tapi memang betullah tu kan. Jangan peningkan otak dengan fikir benda tu. kalau dapat pergi, kalau tak dapat tak payah pergi kan. Selesai masalah kot...






9 Jun 2012

50 Tips Memikat Lelaki


  • Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  • Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  • Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  • Jujur dan sentiasa merendah diri.
  • Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  • Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  • Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  • Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  • Jangan terlalu mengongkong.
  • Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  • Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  • Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  • Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  • Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  • Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  • Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  • Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  • Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  • Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  • Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  • Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  • Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  • Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  • Mengetahui bila hari lahirnya.
  • Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  • Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  • Manja!
  • Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  • Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
  • Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
  • Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  • Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  • Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  • Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  • Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  • Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  • Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  • Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  • Jangan bersikap terlalu kuno.
  • Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  • Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  • Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  • Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  • Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  • Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  • Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  • Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  • Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  • Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

tips temuduga

Walaupun aku rasa.. aku belum perlu dan layak..
tapi ini penting buat aku untuk suatu hari nanti
kena tahu sedikit tips temuduga ni.. nanti senang 
ada juga pengetahuan ditemaduga nanti...

Nasihat Untuk Orang Bercinta

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.


2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.


3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.


4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.


5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.


6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.


7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.


8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.


9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.


10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.







7 Jun 2012

Tutorial 2 : Meletak Disable Right Click Pop Up Mesej

Assalamualaikum...
Hari ini I nak buat tutorial.
Tutorial kali adalah yang amat la simple dan senang sahaja. Cuma copy code html yang akan I bagi dan pastekan  ke add widget.
Cara untuk membuat disable right Clik..

 
   1. Login ke Blogspot .

    2. Klik Layout > Add a Gadget >HTML/Javascript .

    3. Copy code di bawah ini dan pastekan kedalamnya


<script language='JavaScript'><!-- //Disable right mouse click Script//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com var message="Hey You!! You Buat Apa Tu??"; /////////////////////////////////// function clickIE4(){ if (event.button==2){ alert(message); return false; } } function clickNS4(e){ if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){ if (e.which==2||e.which==3){ alert(message); return false; } } } if (document.layers){ document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); document.onmousedown=clickNS4; } else if (document.all&&!document.getElementById){ document.onmousedown=clickIE4; } document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false") // --> </script>/////////////////////////////////// function clickIE4(){ if (event.button==2){ alert(message); return false; } } function clickNS4(e){ if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){ if (e.which==2||e.which==3){ alert(message); return false; } } } if (document.layers){ document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); document.onmousedown=clickNS4; } else if (document.all&&!document.getElementById){ document.onmousedown=clickIE4; } document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false") // --> </script>///////////////////////////////////function clickIE4(){if (event.button==2){alert(message);return false;}} function clickNS4(e){if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){if (e.which==2||e.which==3){alert(message);return false;}}} if (document.layers){document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS4;}else if (document.all&&!document.getElementById){document.onmousedown=clickIE4;} document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false") // --></script>

#NampakTakYang Berwarna BiruTuSilaTukarDenganAyatSendiri


4.  Lepas itu save dan lihat..menjadi tak?

    Selamat mencuba, kalau tak jadi itu bukan masalah I... tata titi tutu... :D


5 Jun 2012

Tutorial : Cursor

Assalamualaikum hari ni aku nak buat benda  lain yang tak pernah aku buat. aku nak ajar buat cursor  : D

1 . mula-mula sign in blog korang lepas tu pergi kat DASHBOARD – DESIGN – ADD GADGET dan pilih HTML/JavaScript

2 . lepas tu copy code kat bawah ni paste dekat HTML :

    <style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url( URL CURSOR ), progress;}</style>

contohnya :    <style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(  http://i1217.photobucket.com/albums/dd383/syahiirahaziz/cute.png), progress;}</style>

3. dah jumpe yang korang suka lepas tu SIMPAN. dah siap tu tengok apa jadi dengan cursor korang jadi ke tak..


#Contoh cursor : 


http://i1217.photobucket.com/albums/dd383/syahiirahaziz/cute.png

http://i866.photobucket.com/albums/ab226/amirazman71/1.gif
http://i635.photobucket.com/albums/uu71/viv_virus006/cursor.gif 
 http://i802.photobucket.com/albums/yy302/nuty092009/cursor.gif 
http://i1189.photobucket.com/albums/z432/FayaWeeeXD/musicsur.png 
http://i554.photobucket.com/albums/jj408/garnetcirce/cursor.gif 
 http://i981.photobucket.com/albums/ae293/imalittlemonstergirl/CuteRainbowCursor.gif



 http://i1098.photobucket.com/albums/g377/Krissha_Calaranan/cute.gif


http://i1158.photobucket.com/albums/p607/lukex4862/cursor.png
http://i18.photobucket.com/albums/b107/vanillamagnolia/cursor.gif


http://i187.photobucket.com/albums/x94/ssinhaleite/cursor.gif



Selamat mencuba  : D




1 Jun 2012

REALITI DUNIA SIBER

ASSALAMUALAIKUM........


sejak cuti ni aku cuba la main ym ni...
aku pelik kenapa kalau nak chating je lelaki mesti nak chat dengan perempuan je...
dengan lelaki dia orang tak nak..

19 Mei 2012

Tanda-Tanda Orang Lelaki Merajuk

  • Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

  • Buat Tak Tahu

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

 Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak

Rahsia Cinta Lelaki

Berikut adalah tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan jujur dan ikhlas:

  • Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela dan bukan kerana terpaksa.
  • Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  • Si dia banyak menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya

Rahsia Kelahiran Bulan Januari.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

12 Mei 2012

SAYA KEMBALI!!!

ASSALAMUALAIKUM......

Aku dah kembali mengunakan emel lama blog aku yang dulu.
Walaupun aku masih ada blog yang lain saja-saja je nak tengok berfungsi lagi ke tak emel ni...